Tekan butang like tau :)

17 May 2013

Tidak Ada Keadilan yang Mutlak Di Dunia Ini








Berdasarkan beberapa insiden atau peristiwa yang telah berlaku, jelas menunjukkan seolah-olah tidak ada keadilan yang mutlak dan muktamad yakni adil sebenar-benarnya di dunia ini.

Bayangkan...

  • Adilkah apabila seorang pemuda bernama Rosli (peristiwa yang terjadi pada suatu ketika dulu) ingin membantu mangsa ragut tetapi sebaliknya dia mati dibunuh oleh si peragut?
  • Adilkah seorang bayi yang masih dalam kandungan ibu sudah dijangkiti HIV positif?
  • Seseorang merogol anak dara sunti hanya dipenjarakan 20 tahun dengan 10 sebatan, sedangkan mangsanya menderita malu disebabkan trauma atau fobia seumur hidup dan susah hendak mendapatkan jodoh pada masa akan datang?
  • Adilkah ketika si pembunuh adik Nurin Jazlin Jazimin dan penculik adik Sharlene terus bebas sedangkan keluarga bagi kedua-dua mangsa tersebut menderita dan menangisi pemergian anak mereka?
  • [TERBARU] Adilkah sistem demokrasi pilihan raya Malaysia sekarang ini selepas mengetahui keputusan PRU-13?
  

Benar, tidak ada keadilan yang mutlak di atas muka bumi ini. Inilah yang menimbulkan rintihan dan keinginan dalam diri manusia betapa pentingnya dan perlunya ada kehidupan selepas mati yakni kehidupan di akhirat agar keadilan yang mutlak dan muktamad yang mana tidak dapat ditegakkan di dunia ini, maka akan dapat ditegakkan di akhirat kelak. Wallahua'lam.  


Gelagat Tiz Zaqyah apabila disuntik doktor

























Beginilah ragam pelakon Tiz Zaqyah apabila menerima suntikan vaksin kanser serviks daripada Dr Dalilah Kamaruddin. Aksi ini dirakamkan ketika Majlis Kempen Kesedaran Kanser Serviks yang dianjurkan produk mandian May dan National Cancer Society Malaysia di Bangsar petang semalam. 

Kata Tiz Zaqyah, itu merupakan suntikan keduanya selepas menuntut di sekolah menengah dan agak terkejut kerana ianya langsung tidak terasa sakit. Tiz Zaqyah yang merupakan duta produk mandian dan sabun May menyeru supaya lebih ramai wanita di luar sana mendapatkan suntikan vaksin berkenaan bagi mengelakkan daripada menghidapi kanser bahaya itu.

Katanya, dia telah sama-sama mengikuti beberapa ceramah di 5 universiti tempatan untuk memberi kesedaran kepada wanita terutama golongan remaja supaya ianya dapat dielakan lebih awal.

"Sebelum ini saya sendiri tidak sedar dengan adanya kanser serviks kerana saya hanya tahu tentang bahaya kanser payu dara sahaja. Tetapi sekarang, saya menyeru supaya golongan remaja wanita di luar sana supaya sedar dengan bahaya kanser ini kerana saya dapat tahu ada kanak-kanak berusia seawal 9 tahun telah menghidapi kanser ini.


"Kesedaran lebih awal di usia muda adalah lebih baik daripada mencegahnya bila sudah terlambat," katanya menyeru.





13 May 2013

Blogspot tanpa huruf S



Entry ini 100% copy dengan tujuan perkongsian :)

Something to Share

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua blogger dan reader. Jangan terkejut dan terperanjat kalau aku buat entri memalam nie..bukan sebab buang tebiat tapi ada "Something untuk di Share"..kalau korang dah penah terbaca tu xpelah, aku just nk ingatkan balik je..sebagai makluman kita bersama :). Mula-mula aku tak caya tapi bila aku try benda ala nie memang aku tergamam jap r...kalau korang nak tau apa benda dia try nie:

1. Cuba anda buka mane-mane blog kawan anda....contoh : aaaaa.blogspot.com
2. Kemudian, buka semula blog kawan anda itu, tapi dengan membuang huruf 'S' pada perkataan blogspot. Contoh : aaaa.blogpot.com

Korang rasa apa yang akan keluar?
nieee..haaaaaaa...

"MEGA SITE OF BIBLE STUDY"???
Tak percaya?? tapi tulah yg terjadi...

Licik sungguh naaaa....nauzubillah...Semoga ditetapkan iman hingga ke akhir hayat..aminn~ Nak cakap banyak-banyak takot tersilap cakap, lagi2 hal agama...tapi yang pasti mereka-mereka ini sentiasa memesongkan Umat Islam dari Landasan yang BENAR. Jadi WASPADA lah dengan setiap muslihat mereka...



Proses pembuatan arc reactor Iron Man



Bagi anda yang meminati filem aksi sains fiksyen berjudul “Iron Man”, pasti anda tertanya-tanya bagaimana mereka membuat lampu tenaga di dada pelakonnya, Robert John Downey, Jr di buat dan kelihatan sangat realistik. check it out !!
Ironman
1. Mula-mula, lateks dituang pada bahagian dada untuk membuat dada palsu.
2. Lateks itu kemudian diratakan dengan ketebalan tertentu supaya prop lampu reaktor itu boleh ditanam di dadanya dan nampak realistik

3. Kemudian, lateks tadi akan diwarnakan.
4. Dada palsu tadi kemudiannya akan disembur dengan air brush dengan warna tona yang sama dengan warna kulit sebenar dan butiran seperti puting dan parut akan ditambah.
5. Prop lampu reaktor tadi akan dimasukkan pada sarungnya. Pada asasnya, lateks tadi telah pun menjadi kulit palsu dan mereka hanya perlu membuat lubang pada bahagian tengah dadanya.


10 May 2013

Kurang tidur akan pengaruhi prestasi murid



Kurang tidur merupakan faktor penting di sebalik menurunnya prestasi anak di sekolah. Demikian penemuan para penyelidik yang mengkaji lamanya anak tidur dan prestasi mereka di sekolah di berbagai negara. 

 Anak-anak yang kurang tidur terutama yang ditemui di negara-negara maju dan pakar mengkaitkan kecenderungan ini dengan semakin seringnya anak berinteraksi dengan komputer dan telepon pintar. 

Ramai anak di negara maju yang menggunakan telefon bimbit pintar atau komputer hingga larut malam. Kurang tidur terbukti sangat mengganggu konsentrasi anak, sehingga guru harus melambatkan penyampaikan pembelajaran.


Tidur sangat penting

Kajian yang dilakukan para penyelidik di Boston College menunjukkan jumlah terbesar anak yang kurang tidur ada di Amerika Syarikat yang mencapai 73% di antara anak usia 9-10 tahun, sementara yang berusia 13-14 tahun angkanya mencapai 80%. Rata-rata internasional untuk dua kelompok usia tersebut masing-masing adalah 47% dan 57%. Anak-anak di New Zealand, Arab Saudi, Australia, England, Ireland, dan Perancis juga tergolong kurang tidur. Sementara anak di Azerbaijan, Kazakhstan, Portugal, Republik Czech, Jepun, dan Malta masuk ke daftar yang mendapatkan waktu tidur yang cukup. "Anak sangat memerlukan tidur. 

Jika guru melaporkan sebahagian murid di kelas kekurangan tidur, jelas ini akan berpengaruh terhadap prestasi secara keseluruhan," kata Chad Minnich, penyelidik di Boston College. -AP


Credit: Cik Lulu Caldina ^^






7 May 2013

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI 2013 AMERCORNER




SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI 2013 AMERCORNER



ini kali kedua dayat join segmen seperti ini, nak memeriahkan lagi apa kata korang join sekali, untuk join korang mestilah click link 'ini'.

TAMAT:
12 MEI 2013
( 11.59 PM )


Thanks for visit! :D








Anak VIP Taja Kehidupan Diana Danielle?



Anak VIP  Taja Kehidupan Diana Danielle? - Menerusi ruangan Desas Desus semalam, Zubir Yunus menyampaikan cerita yang dikhabarkan kehidupan Diana Danielle di Sydney, Australia ketika ini adalah atas tajaan seseorang.


Bukan VIP berpangkat tinggi, tetapi individu bermurah hati tersebut dikatakan, adalah kawan perempuan Diana Danielle sendiri yang juga merupakan anak kepada seseorang yang bergelar VIP.

Anak VIP tersebut juga khabarnya telah membawa pulang Diana Danielle secara rahsia ke Malaysia baru-baru  ini kerana kerajaan Australia tidak menggalakkan warga asing bersalin di negara tersebut.

Dalam tulisan yang sama, wartaran juga turut mempertikaikan sama ada benar Diana Danielle menyambung pelajaran di Sydney kerana kemaskini status serta gambar di Instagram mahu pun Twitter tidak selari.

Peminat sendiri boleh melihat yang Diana Danielle lebih kerap menulis tentang tips kecantikan  dan  menjual produk kecantikan dari menulis tentang kehidupan sebenar beliau sebagai pelajar disana.

Sumber~


Sejam Tahan Azab Pijar Cili



KAMPUNG TENGKAWANG - Seorang pemandu van bukan sahaja menahan kesakitan akibat tersepit di tempat duduk pemandu, tetapi dia juga terpaksa menahan ‘kehangatan’ cili giling hampir satu jam setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, azab dihadapi Abd Rahman Ibrahim yang terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 9.45 pagi di hadapan Sekolah Kebangsaan Tengkawang itu berakhir apabila dia berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kuala Berang.

 Sejam tahan azab pijar cili

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila van berisi muatan cili giling dipandu mangsa daripada arah Kuala Berang ke Sungai Tong itu merempuh sebuah lori tiga tan yang ketika itu ingin membelok ke kanan memasuki sebuah lorong.

Rempuhan menyebabkan mangsa tersepit susulan van itu remuk teruk dibahagian hadapan, selain puluhan bungkusan cili giling pecah serta bertaburan atas jalan raya sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK II Mohd Pitter Tengah berkata, menaiki sebuah jentera dengan enam anggota, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian jam 9.50 pagi.

"Ketika sampai, mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu selain kedua-dua kakinya juga tersepit.
"Operasi mengeluarkan mangsa daripada kenderaan mengambil masa 25 minit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian yang turut menarik perhatian orang ramai termasuk pengguna jalan raya serta komuniti setempat.

Tinjauan mendapati, puluhan cili giling pecah bertaburan atas jalan raya dan di bahagian hadapan van dinaiki mangsa, namun lalu lintas lancar dengan bantuan anggota trafik dari IPD Hulu Terengganu walaupun laluan menghala ke Sungai Tong ditutup sementara.



Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A





Hai korang, untuk pengetahuan korang ni first time dayat join Segmen macam ni.yang mana rasa berminat untuk join boleh lah click sini

Jumlah Followers:  9


Azab Kubur - Mayat Dikebumikan Dalam Kubur Yang Dipenuhi Air




Azab Kubur - Mayat Dikebumikan Dalam Kubur Yang Dipenuhi Air

Pak abu mengamuk lagi. Kedua tamu di hadapannya di tatap tajam. Kedua tamu itu hanya menunduk. "Tanah ini milik aku", kata Pak Abu dengan sombong. Sejurus kemudian, kedua tamu itu meminta izin pulang. Tamu itu pulang dengan hampa. Buat apalah dibujuk lagi Pak Abu yang memang keras hati itu. Kali ini mereka memang benar-banar hampa apabila sekali lagi pak abu menolak permintaan mereka.

Pak abu masih merenung tamu yang keluar terkocoh-kocoh itu. Kehadiran mereka memang tidak disenangi Pak abu. Mereka ingin meminta izin Pak abu untuk menambat pipa air yang dalam area bawah tanah milik Pak Abu. Jika Pak Abu tidak mengzinkan, nampaknya orang kampung yang mau membuat rumah di tanah lot sebelah terpaksa menggunakan air sumur. Pak abu tersengeh-sengih ....

Tibalah masanya Tuhan ingin mengambil apa yang dipinjamkan pada hambanya. Pada suatu pagi yang hening, Pak Abu terjatuh lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka terpusu-pusulah orang kampung datang untuk mengelola jenazah Pak Abu. 

Setelah jenazah Pak Abu disembahyangkan, maka tibalah masanya jenazah itu disemadikan di tanah pekuburan di kampung itu. Ketika jenazah dikirim tanah pekuburan, awan mulai berarak mendung. Penggali kubur telah siap menunggu kehadiran jenazah Pak Abu. 

Pada saat jenazah Pak Abu ingin diturunkan, serta merta keluar air entah dari mana memenuhi lubang kubur Pak Abu. Beberapa org kampung terpaksa menggunakan ember menceduk air tersebut keluar. Setelah sejam menceduk air itu keluar, sayangnya air di dalam lobang kubur itu semakin bertambah. Kemudian, tuk imam mengarahkan penggali kubur menggali kubur yang lain pula.

Namun hal yang sama terjadi. Sekali lagi air yang entah dari mana datangnya telah memenuhi lubang kubur yang kedua. Sekali lagi tuk Imam mengarahkan penggali kubur menggali lubang kubur yang ketiga.Namun hal yang sama terjadi. Air masih memenuhi lubang kubur yang ketiga. Tuk Imam lantas berdoa semoga Tuhan mengampuni dosa-doa Pak Ali. 

Namun, Air dalam kubur itu masih tidak surut. Karena tidak ada pilihan lain, tuk imam dan orang kampung terpaksa menguburkan jenazah pak Ali didalam kubur yang dipenuhi air. Amin ...

*****************************

Ulasan Admin : Bersyukurlah dengan nikmat dunia yang Allah pinjamkan kepada kita sementara.Jangan angkuh atau kedekut kerana pasti kita akan mendapat balasan kepada apa yang telah kita lakukan di dunia ini.


Bili: Enam pelajar wanita ditangkap




Buli: Enam pelajar wanita ditangkap | Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman facebook rasmi menerima banyak kiriman video klip yang memaparkan seorang remaja perempuan dipercayai pelajar sekolah menengah dibuli oleh enam remaja perempuan lain baru-baru ini.

Hasil semakan polis mendapati kejadian buli berkenaan berlaku di Kota Tinggi, Johor pada Januari lepas dan telah berjaya diselesaikan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mohd Nor Bin Rashid berkata, enam remaja perempuan berumur di antara 15 hingga 16 tahun telah ditangkap berhubung kejadian buli terhadap pelajar perempuan berusia 14 tahun berkenaan.

“Pelajar yang ditangkap telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM500 dan dibayar kepada mangsa selain diikat jamin berkelakuan baik selama tiga tahun serta dikehendaki melapor diri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan selama dua tahun,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 509, Kanun Keseksaan iaitu menggunakan perkataan yang memalukan seorang wanita.

Kes buli berkenaan menjadi perhatian ramai selepas rakaman video insiden itu disebarkan dalam laman sosial Facebook selain laman perkongsian video Youtube sehingga mendapat komen negatif pelbagai pihak yang kesal dengan kejadian itu.


sumber : email

Nikita Mirzani Bakal Masuk Penjara?


Pelakon sensasi, Nikita Mirzani, terpaksa berdepan lagi dengan kontroversi hebat. Kali ini dia harus melupakan banyak tawaran seni setelah didakwa memukul temannya yang bernama Olivia di Pavillon Rooftop, kawasan Kemang, Jakarta Selatan, 5 September lalu. 


"Kes ini sangat berat kerana ada rakaman CCTV terhadap penganiayaan yang dilakukan Nikita. 

"Sepanjang tempoh perbicaraan dia terpaksa menolak semua tawaran lakonan. 

"Lebih malang, dia akan ditahan sehingga selesai kes itu," kata sumber.

-Sinarharian


Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )



Saya rasa…
Ramai antara kita yang sudah tahu akan keputusan PILIHAN RAYA UMUM 2013 ( PRU 13 )
kan…. Siap ada yang bersengkang mata semata-mata untuk mendapatkan maklumat
dan info terkini mengenainya….
Cuma saya tumpukan keputusan undi pilihanraya 2013 di KERUSI PANAS di beberapa
tempat … Jom lihat statistik yang saya ambil dari LAMAN WEB MYUNDI.COM.MYBUKIT KATIL Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )GELANG PATAH Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )GOMBAK Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )JEMPOL Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )LEMBAH PANTAI Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )PANDAN Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )PEKAN Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )PERMATANG PAUH Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )PUTRAJAYA Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )SHAH ALAM Keputusan UNDI KERUSI PANAS PILIHANRAYA 2013 ( PRU 13 )



1 May 2013

Wordless Wednesday #4 ''I AM Photovengers''




EXIF Data:
Model = NIKON D3100
Exposure Time = 1/40"
F Number = F4
ISO Speed Ratings = 400
Focal Length = 18mm






Mungkin korang suka cerita dayat yang ni?