Tekan butang like tau :)

27 Jun 2013

Menjadi Orang Kaya Dengan Izin Allah | Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah


Menjadi Orang Kaya Dengan Izin Allah | Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah | Surah Al-Waqiah elok dijadikan amalan harian. Ia digelar surah kaya. Orang yang mengamalkan surah ini dengan izin Allah, tidak akan menjadi miskin. Itulah antara fadhilat yang di sebut di dalam hadis. Tetapi bagaimana untuk mengamalkannya?

Menjadi Orang Kaya Dengan Izin Allah | Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah

Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran".
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya'. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
Sabda Nabi s.a.w. : "Ajarkanlah Surah Al Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan".
Sabda Nabi s.a.w. : "Barangsiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam maka ia tidak akan tertimpa kefakiran selama-lamanya. Dan Surah Al Waqiah adalah Surah Kekayaan, maka ajarkanlah kepada anak-anakmu semua".

Menurut fatwa sebahagian Ulama' katanya: "barangsiapa membaca Surah Al Waqiah pada setiap hari dan malam dalamsatu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah s.w.t akan memudahkan rezekiiinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula".

Surah Al Waqiah adalah Surah yang ke 56 dalam Al Quran, terletak pada Juz 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al Waqiah kerana di ambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat pada ayat pertama dalam Surah ini, yang ertinya "Kiamat". Di dalam Surah ini menerangkan tentang hari Kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang Mukmin dan orang-orang Kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam Surah Al Waqiah terkandung beberapa khasiat, antaranya ialah :
- Bila orang membiasakan membaca Surah Al Waqiah setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

- Bila di baca Surah Al Waqiah 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang itu akan memperolehi kekayaan yang melimpah ruah.

- Supaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca Surah Al Waqiah sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan 3 kali selepas solat Isya. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan dan dermawan.

- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu, bacalah Surah Al Waqiah sebanyak 25 kali sehingga sampai pada malam Jumaat berikutnya, pada malam Jumaat itu ,selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkan membaca Surah Al Waqiah pada waktu pagi dan petang. Insyaallah berhasil.

Surah Al Waqiah  jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah dipermudahkan untuk Roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca di sisi orang yang sakit, diringankan kesakitannya. Jika ditulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, insyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga di baca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As Syeikh Abi Abbas, katanya :
- Bila hendak mengamalkan Surah Al Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis.Puasanya tidak makan sesuatu yang bernyawa iaitu tidak makan daging, ikan, segala jenis haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca Surah Al Waqiah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah solat Subuh pada hari Jumaat pertama, maka di akhiri lah pembacaan tersebut pada setelah solat fardhu Isya pada Jumaat berikutnya.

- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca Surah Al Waqiah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

InsyaAllah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya dengan izin Allah

Lihat dengar dan baca Surah Al Waqiah




23 Jun 2013

Tips - Tips Penjagaan Kesihatan Dan Tindakan Semasa Jerebu


Uhuk! Uhuk! aduh jerebu dekat area dayat ni makin teruk pula..jom baca tips tips Penjagaan Kesihatan Dan Tindakan Semasa Jerebu ni. Dayat copy paste je ni hehe...semoga ianya memberi manfaat :)


Jerebu yang melanda Malaysia pada bulan Jun 2013 sedikit sebanyak mengganggu perjalanan harian rakyat Malaysia. Menghadapi jerebu setiap hari adalah tidak baik untuk kesihatan. Orang ramai perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak masalah kesihatan.

Penjagaan Kesihatan semasa Jerebu:

  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
  • Cuba sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, orang ramai di nasihatkan menutup hidung menggunakan penutup mulut (mask).
  • Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan pencemaran asap rokok.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin.
  • Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Basuh tangan dan muka dengan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.





Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia
Sumber: Jabatan Alam Sekitar
IPU
Status
Tahap pencemaran
Ukuran kesihatan
0-50
Baik
Rendah, tiada kesan ke atas kesihatan.

Tidak perlu membataskan aktiviti luar.
51-100
Sederhana
Pencemaran sederhana, tidak mengganggu kesihatan.

Tidak perlu membataskan aktiviti luar.
101-200
Tidak sihat
Simptom-simptom gangguan kesihatan berlaku di kalangan mereka yang berisiko tinggi seperti penghidap sakit jantung dan paru-paru.

  • Golongan berisiko tinggi perlu membataskan aktiviti luar.
  • Masyarakat umum perlu mengurangkan aktiviti luar.
201-300
Sangat tidak sihat
Boleh menjejaskan kesihatan.
  • Seseorang yang menghadapi masalah jantung dan paru-paru perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti fizikal dan tidak terdedah kepada jerebu.
  • Masyarakat awam perlu mengurangkan aktiviti luar.
  • Berjumpa doktor jika menghadapi masalah kesihatan.

301-500
Berbahaya
Simptom-simptom gangguan kesihatan berlaku dan berbahaya kepada kesihatan.
  • Seseorang yang menghadapi masalah jantung dan paru-paru perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti fizikal dan tidak terdedah kepada jerebu.
  • Masyarakat awam perlu mengurangkan aktiviti luar.

500 ke atas
Kecemasan
Simptom-simptom gangguan kesihatan berlaku dan berbahaya kepada kesihatan.
Masyarakat awam dinasihatkan sentiasa mengikuti arahan Majlis Keselamatan Negara dan mengikuti pengumuman semasa menerusi media massa.

Nasihat Kepada Pemandu Kenderaan:


  • Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.
  • Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.
  • Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
  • Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.
  • Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.
  • Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.
  • Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.
  • Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu dalam keadaan jerebu.
  • Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.
  • Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.
  • Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.

Sumber maklumat :
Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.



20 Jun 2013

Gempar Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan



Cakap pasang laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan muat turun free ni mesti ada yang pernah surf Jiwang.org kan, dayat pun pernah download Movie dekat situ..huhu benda free siapa taknak kan? heee..tapi sayangnya laman sesawang tu dah pun ditutup...pasal apa? .. ha baca bawah ni! 

jiwang org ditahan Gempar Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan
Gempar! Apabila pemilik laman website www.JIWANG.ORG (JWG) telah ditahan di Kelantan kelmarin selepas dia didapati menggunakan laman tersebut untuk memuat turun dan naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.
Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG.
Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dia ditahan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 11 Jun lalu berikutan aduan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang mendakwa industri kerugian RM10 juta akibat kegiatan lelaki itu.
operasijiwangdotorg Gempar Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan
Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, ditahan di banglonya di Kubang Kerian, Kota Bharu pada pukul 11.15 pagi.
Beliau berkata, banglo yang didiami suspek itu turut dijadikan pusat operasi haramnya.
“Serbuan dilakukan berikutan aduan oleh RIM mengenai laman web www.jiwang.org yang menjadi saluran popular untuk orang ramai memuat naik filem serta muzik Melayu tanpa kebenaran pemilik hak cipta.
“Laman web ini disyaki beroperasi sejak tahun 1997 dan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil perkhidmatan iklan serta sumbangan ahli laman web yang disalurkan menerusi akaun bank isteri suspek,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Roslan berkata, pasukan penguat kuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, Bahagian Penguat Kuasa akan mengeluarkan notis halangan kepada SKMM bagi menghalang akses laman web JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Bagaimanapun laman web www.jiwang.org sudah tidak boleh di access lagi.


18 Jun 2013

70 Dosa - Dosa Besar! Jom Baca...




Assalamualaikum semua, sorry dah sekian lama dayat tak update blog...pc dekat rumah buat hal lah pula hehee...so lepas ni selagi takda apa - apa masalah insyaallah dayat akan sentiasa update blog okay :)




Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "al-kabaair" beliau cuba menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara:

  1. belajar ilmu dan sembunyi pengatahuan.
  2. bersaksi palsu.
  3. berjudi.
  4. bersumpah palsu dan bohong.
  5. berbohong.
  6. bergambar di baju(bila sembahyang).
  7. wanita menyerupai lelaki.
  8. tidak beristinjak kencing.
  9. memberi rasuah.
  10. makan riba.
  11. minum arak.
  12. melakukan zina.
  13. membunuh diri sendiri.
  14. mengamalkan sihir.
  15. membunuh manusia.
  16. kurang timbangan.
  17. homosex(seagama sejenis).
  18. dehaka kepada suami.
  19. hakim dehaka.
  20. lelaki menyarupai perempuan.
  21. lari seorang hamba dari tuannya.
  22. melampaui batas.
  23. menuduh zina terhadap orang baik.
  24. mengutuk orang islam.
  25. menfitnah.
  26. mengurangi wasiat.
  27. putus asa dari rahmat Allah.
  28. riak mempamirkan diri.
  29. sembelih untuk selain nama Allah.
  30. sombong serta angkuh.
  31. menggangu orang lain.
  32. menggangu tertangga.
  33. melakukan pengkhianatan.
  34. menyebut-yebut pemerian.
  35. menjadi bapa sanggup.
  36. mempercayai nujum atau sihir.
  37. mencaci sahabat-sahabat nabi.
  38. bercakap kasar dengan orang tua.
  39. meninggalkan sembahyang jumaat.
  40. mencuri.
  41. berdebat dan bermusuh.
  42. memutus hubungan silaturahim.
  43. tidak berpuasa di bulan ramadhan.
  44. menipu harta rampasan.
  45. menyakiti dan memaki orang islam.
  46. tidak haji jikalau mampu.
  47. tipu daya.
  48. memakai emas dan sutera(bagi orang lelaki).
  49. lari dari medan perang di jalan Allah.
  50. bersifat dayus.
  51. berbuat buruk pada yang lemah.
  52. dusta nama Allah dan Rasulnya.
  53. makan harta anak yatim secara tidak betul.
  54. melabuh pakaian kerana berlagak sombong.
  55. makan dari kekayaan haram.
  56. menderhaka pada ibu bapa.
  57. meninggalkan sembahyang lima waktu.
  58. dehaka pada hamba Allah anggap baik dirinya.
  59. mensyirikan Allah dengan sesuatu yang lain.
  60. tidak mengeluarkan zakat.
  61. penipuan kezaliman terhadap rakyat.
  62. mengitip rahsia dan bukan rahsia.
  63. mencari kesalahan orang lain.
  64. merompak.
  65. melakukan kezaliman.
  66. mengikari takdir.
  67. merasa aman dari kemungkaran Allah.
  68. mengingkari janji.
  69. tidak mendengar cakap ibu bapa.
  70. lari dari medan perang di jalan Allah.


12 Jun 2013

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam




1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat 
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA.

Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.
(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan pertama : Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
1. Saidul (penghulu) Istighfar
2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9)
3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38)
4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak
membesar ialah :

1. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2: 128)
2. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
3. Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
1. menakutkan anak-anak dengan sekolah
2. menakutkan dengan tempat gelap
3. menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
4. menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
1. tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
2. terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
1. mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
2. membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda(intelektual).
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, ia itu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak Sebagai ibu bapak kitalah yang akan disoal diakhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Karena itu, bersikap baik dan sabarlah dalam mendidik, karna hasil didikan itu harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak




11 Jun 2013

Tips Persiapan Menyambut Ramadan


Tips Persiapan Menyambut Ramadan

Bulan Ramadhan 1434 H semakin menghampiri beberapa minggu sahaja lagi. Bulan Syaaban baru menjelang. Bagaimana persiapan anda menghadapi Ramadan kali ini. Ayuh kita mempersiapkan diri menghadapi Ramadan kali ini.

Tips Persiapan Menyambut Ramadan:


1. Hadapi Ramadan Dengan Ilmu

2. Panaskan Badan Dengan Berpuasa Sunat Hari Isnin

3. Biasakan Untuk Tidur Dan Bangun Awal Sebelum Subuh

4. Sibukkan Diri Dengan Amal Ibadah

5. Mulakan Amalan Bersedekah Sedikit Demi Sedikit.

Pasti anda akan terkejut hari pertama bersahur kerana tidak biasa. Jadi mulai sekarang, mari kita melatih diri kita tidur awal dan bangun awal untuk membiasakan diri pada Ramadan akan datang.





10 Jun 2013

10 PESAN IMAM SHAFIE agar kita SELAMAT


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya.



Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:


1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,mendapatkan kemaafan dari orang yang dzalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH


3. Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


4. Hak kepada Munkar dan Nakir: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.


6. Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat):

membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


8. Hak kepada Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa redha kepada qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.


9. Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.


10. Hak kepada ALLAH SWT: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."


Wallahuaklam.


Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama (10 PESAN IMAM SHAFIE agar kita SELAMAT).


9 Jun 2013

Bye cuti , Hello sekolah



Sedang berada di dalam dilema, kerja sekolah entah siap ke tidok ni...





8 Jun 2013

Banglo usang




EXIF data
Model = NIKON D3100
Exposure Time = 1/125"
F Number = F5.6
ISO Speed Ratings = 100
Max Aperture Value = F3.48
Focal Length = 18mm

Orang kata banglo ni tempatnya keras sikit, hehe tak tahu lah sebab aku bukan orang sini..saja outing dengan kawan2 , lokasi banglo ni berdekatan dengan pantai je.. :)





7 Jun 2013

Mayat Ditemui Dibawah Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang



BATU MAUNG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur jambatan kedua Pulau Pinang.

Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut.

"Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya," kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati.

Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut.




Outing shooting sunset



D3100 | 1/30" | F5.6 | ISO 1600 | 26mm

Gambar ni snap masa aku outing dekat taman , nama taman tak pasti lah yang pasti area bandaraya Johor Bharu, siapa yang duduk mesti tahu punya :)




Tutorial : Membuat Cursor Sendiri Menggunakan CS4


Assalamualaikum..

Teringin untuk buat cursor custom made by diri sendiri? haa baca tutorial ini ok :)
*Tapi sebelum tu, make sure korang sudah download Adobe Photoshop dulu ok?*

Klik pada File > New
Klik pada gambar itu untuk melihat dengan lebih jelas

1) Kelebaran layer yang kita buat , kalau besar pun tak pe ;)
2) Ketinggian mengikut kesesuaian
3) Pastikan background content dalam keadaan Transparent!
4) Then , Klik ok ;)

Klik pada File > Open


1) Make sure korang download dulu cursor yang korunk suka . Cari kat sini .cursor-4u , glitter-graphic or photobucket.

 2) Klik ok .


Image tadi akan keluar dalam layer yang lain.Klik pada tool yang telah ditandakan dalam gambar kat bawah ni.


1) Yang no 2 tuh , cara nyer senang ,korang just ikut jer outline cursor itu.oke?
2) Then ,korunk pergi kat edit , copy .
Klik pada gambar untuk dapatkan info dengan lebih jelas


Ikot arahan gambar ok.




1) Click dekat Stroke tu . 
2) Size tu pulak mrupakan size ketebalan outline korunk 
3) Warna outline korunk ;)
4) Tekan ok.


1) Pilih crop
2) Crop sampai yang ditunjukkan pada gambar di atas.
3) Cara nya, lihat di bawah ini.


Klik File > Save As


Savekan gambar korunk format PNG


  


Credit to akak Lyssa Faizureen :)


Photography: Backlight Mosque Sunset




Exif data:
Model = NIKON D3100
Exposure Time = 1/8"
F Number = F25
ISO Speed Ratings = 100
Focal Length = 35mm


Gambar ni di-snap masa dayat outing dengan member dekat - dekat dengan bandar kota tinggi, johor.






Tutorial : Facebook Like Box





Contoh likebox blog dayat (Dah delete)

Like box ni senang cerita ramai punya blogger yang letak kat blog masing2 banyak kelebihan dia. now korang boleh follow tutorial dekat bawah ni untuk memudahkan korang okay :)


1. Korang kena Create Page kat Facebook dulu . KLIK SINI !!

2.Choose Cause or Community . (Letak tajuk > Tick Agree > Get Started)

3. Korang Fill In apa Yang patot ! G kat Wall .. Copy URL Address tuh! :)

4. Then , korang pergi link ini .KLIK Sini!

5. * Paste Url Fanpage korang tadi tuh !
    * Adjust Width !
    * Tick mana yang patot !
    * Get Code ! (Jangan lupa Copy Code iFrame!)

6. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

7. Paste Code tadi tuh okie?!

8. Bila semua dah siap, Preview dahulu baru save , kalau menjadi bagus lah hehe






Credit to Lyssa Faizureen






Mungkin korang suka cerita dayat yang ni?