Tekan butang like tau :)

7 May 2013

Bili: Enam pelajar wanita ditangkap




Buli: Enam pelajar wanita ditangkap | Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman facebook rasmi menerima banyak kiriman video klip yang memaparkan seorang remaja perempuan dipercayai pelajar sekolah menengah dibuli oleh enam remaja perempuan lain baru-baru ini.

Hasil semakan polis mendapati kejadian buli berkenaan berlaku di Kota Tinggi, Johor pada Januari lepas dan telah berjaya diselesaikan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mohd Nor Bin Rashid berkata, enam remaja perempuan berumur di antara 15 hingga 16 tahun telah ditangkap berhubung kejadian buli terhadap pelajar perempuan berusia 14 tahun berkenaan.

“Pelajar yang ditangkap telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM500 dan dibayar kepada mangsa selain diikat jamin berkelakuan baik selama tiga tahun serta dikehendaki melapor diri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan selama dua tahun,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 509, Kanun Keseksaan iaitu menggunakan perkataan yang memalukan seorang wanita.

Kes buli berkenaan menjadi perhatian ramai selepas rakaman video insiden itu disebarkan dalam laman sosial Facebook selain laman perkongsian video Youtube sehingga mendapat komen negatif pelbagai pihak yang kesal dengan kejadian itu.


sumber : email

2 comments:

Peren Lee said...

Baguslah kalau dah diselesaikan,kesian budak yang kena buli tu...

Muhd Hidayat said...

Yup, memang patut diberi tindakan yang sewajarnya

Mungkin korang suka cerita dayat yang ni?