Tekan butang like tau :)

2 Sept 2013

#hashtag biasa yang dibuang dan diharamkan dari Instagram


Tolong dayat klik link ni dulu okay (LINK IKLAN JER :) )


29 Ogos 2013 - Penggunaan #hashtag sememangnya sudah menjadi kebiasaan di kalangan pengguna tegar laman media sosial seperti Twitter, Instagram, Pinterest dan Facebook. Malah ada beberapa pihak yang menjangkakan #hashtag bakal menjadi penghubung untuk semua laman media sosial kelak di masa depan. Tidak hairanlah ini berlaku kerana #hashtag memang banyak membantu pencarian pengguna di laman web.


Namun #hashtag juga seringkali di salah guna untuk tujuan yang tidak elok seperti pencarian gambar-gambar lucah dan sebagainya. Bagi menangani masalah ini, Instagram telah mengharamkan dan membuang mana-mana #hashtag yang berkaitan dari dalam pengkalan data mereka. Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat juga beberapa #hashtag biasa yang telah dibuang dari dalam Instagram iaitu:
  • #iphone
  • #iphone4s
  • #iphoneography
  • #ig
  • #kikmenow
  • #instagram
  • #ilovemyinstagram
  • #photography
  • #popular
  • #popularpage
Menurut kenyataan daripada pihak Instagram, #hashtag biasa ini dibuang kerana ia adalah terlalu generik dan tidak mendatangkan sebarang nilai untuk para penggunanya.


1 comment:

Tengkubutang said...

hu2.. x reti nak guna hashtag ni..

Mungkin korang suka cerita dayat yang ni?