Salam semua, korang sihat tak? Sekarang ni ramai betul orang demam. Aku pon sekarang ni hampir2 nak demam. Silap2 esok demam la ni. Aduihhh. Hari ni aku nak ceritakan sedikit perkara asas pasal DSLR. Aku tengok sekarang, DSLR ni dah jadi macam 1 trend. Tapi malangnya ramai tak reti nak gunakan dengan sepenuhnya. Semua snap guna auto je. Rugi la macam tu kan, beli mahal2 tapi guna auto je. Tak menarik la. Baik pakai digital kamera je. Lagi bagus. Gambar pon cantik. So hari ni aku nak terangkan serba sedikit salah 1 "fungsi" yang terdapat pada DSLR.
Apa yang aku akan terangkan ialah SHUTTER SPEED. Apa benda shutter speed ni...
SHUTTER SPEED ni kalau bahasa mudahnya ialah "Kelajuan shutter/blade ditutup apabila sesuatu gambar tu ditangkap. Ini akan menentukan berapa lama gambar/image terdedah kepada cahaya. Kalau korang menggunakan shutter speed yang laju (fast shutter speed). Gambar korang akan jadi lebih 'sharp' tapi kalau korang menggunakan shutter speed yang perlahan (slow shutter speed) gambar korang akan kelihatan lebih blur.
Ini antara diagram yang aku rasa kalau tengok, mesti korang boleh faham
(sumber dari miketurner photography)
Nampak kan digram tu. Penerangan yang sangat jelas. Shutter speed ni dikira dalam unit 'second'. Jika korang buat shutter speed yang perlahan. Penggunaan tripod sangat lah penting, kalau tak gambar mesti bergegar. Cuba korang tengok pula gambar kat bawah ni. Gambari ni menerangkan apa yang akan berlaku jika korang menggunakan fast shutter speed dan juga slow shutter speed.
shutter speed laju (1/1000) > shutter speed sederhana (1/60) > shutter speed perlahan (8 sec)
Tu la dia contoh penggunaan shutter speed. Dapirada yang laju sampai lah yang perlahan. Tapi macam mana nak setting pulak shutter speed ni?
Cara Setting
Ada 2 setting yang sesuai untuk digunakan iaitu:
(Manual Setting)
(Shutter Speed Priority)
Tapi korang boleh juga nak gunakan mode 'P' (Program) jika tak nak gunakan mode2 kat atas ni. Untuk memudahkan korang. Guna je 'shutter speed priority'. Sebab shutter speed je korang perlu adjust. Yang lain akan di adjust secara automatik.
Gambar macam mana yang korang boleh hasilkan
(shutter speed laju)
( Shutter speed perlahan )
(semua gambar di atas adalah dari google)
Hebatkan contoh2 gambar tu. Macam2 jenis gambar boleh kita dapat dengan menggunakan shutter speed ni.
Jadi itu lah serba sedikit mengenai shutter speed ni. Seperkara lagi. Jika gambar korang gelap ketika menggunakan 'shutter speed laju' cuba gunakan flash. Gambar akan jadi terang. Ok lah, rasanya sampai sini je penerangan ringkas aku mengenai shutter speed. Harap kepada mereka yang baru pertama kali menggunakan DSLR. Boleh la main dengan shutter speed ni. Macam2 gambar boleh buat.
Jadi itu lah serba sedikit mengenai shutter speed ni. Seperkara lagi. Jika gambar korang gelap ketika menggunakan 'shutter speed laju' cuba gunakan flash. Gambar akan jadi terang. Ok lah, rasanya sampai sini je penerangan ringkas aku mengenai shutter speed. Harap kepada mereka yang baru pertama kali menggunakan DSLR. Boleh la main dengan shutter speed ni. Macam2 gambar boleh buat.
Nantikan pula post2 lain mengenai photography ni seperti iso, apature dan setting2 yang lain. Jika korang rasa ada fakta2 yang tersilap atau terkurang. Boleh la kongsi2kan kat ruang komen ni ye. Kita sama2 belajar. Baru best, ada interaksi 2 hala. Kita sama2 kongsi ilmu.
Sumber : http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/01/photography-shutter-speed.html
Sumber : http://wanhazel.blogspot.com/2011/11/tutorial-photography-shutter-speed.html
Sumber : http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/01/photography-shutter-speed.html
Sumber : http://wanhazel.blogspot.com/2011/11/tutorial-photography-shutter-speed.html
Tweet
No comments:
Post a Comment