Tekan butang like tau :)

27 Jun 2013

Menjadi Orang Kaya Dengan Izin Allah | Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah


Menjadi Orang Kaya Dengan Izin Allah | Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah | Surah Al-Waqiah elok dijadikan amalan harian. Ia digelar surah kaya. Orang yang mengamalkan surah ini dengan izin Allah, tidak akan menjadi miskin. Itulah antara fadhilat yang di sebut di dalam hadis. Tetapi bagaimana untuk mengamalkannya?

Menjadi Orang Kaya Dengan Izin Allah | Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah

Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran".
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya'. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
Sabda Nabi s.a.w. : "Ajarkanlah Surah Al Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan".
Sabda Nabi s.a.w. : "Barangsiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam maka ia tidak akan tertimpa kefakiran selama-lamanya. Dan Surah Al Waqiah adalah Surah Kekayaan, maka ajarkanlah kepada anak-anakmu semua".

Menurut fatwa sebahagian Ulama' katanya: "barangsiapa membaca Surah Al Waqiah pada setiap hari dan malam dalamsatu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah s.w.t akan memudahkan rezekiiinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula".

Surah Al Waqiah adalah Surah yang ke 56 dalam Al Quran, terletak pada Juz 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al Waqiah kerana di ambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat pada ayat pertama dalam Surah ini, yang ertinya "Kiamat". Di dalam Surah ini menerangkan tentang hari Kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang Mukmin dan orang-orang Kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam Surah Al Waqiah terkandung beberapa khasiat, antaranya ialah :
- Bila orang membiasakan membaca Surah Al Waqiah setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

- Bila di baca Surah Al Waqiah 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang itu akan memperolehi kekayaan yang melimpah ruah.

- Supaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca Surah Al Waqiah sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan 3 kali selepas solat Isya. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan dan dermawan.

- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu, bacalah Surah Al Waqiah sebanyak 25 kali sehingga sampai pada malam Jumaat berikutnya, pada malam Jumaat itu ,selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkan membaca Surah Al Waqiah pada waktu pagi dan petang. Insyaallah berhasil.

Surah Al Waqiah  jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah dipermudahkan untuk Roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca di sisi orang yang sakit, diringankan kesakitannya. Jika ditulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, insyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga di baca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As Syeikh Abi Abbas, katanya :
- Bila hendak mengamalkan Surah Al Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis.Puasanya tidak makan sesuatu yang bernyawa iaitu tidak makan daging, ikan, segala jenis haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca Surah Al Waqiah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah solat Subuh pada hari Jumaat pertama, maka di akhiri lah pembacaan tersebut pada setelah solat fardhu Isya pada Jumaat berikutnya.

- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca Surah Al Waqiah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

InsyaAllah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya dengan izin Allah

Lihat dengar dan baca Surah Al Waqiah




No comments:

Mungkin korang suka cerita dayat yang ni?