Uhuk! Uhuk! aduh jerebu dekat area dayat ni makin teruk pula..jom baca tips tips Penjagaan Kesihatan Dan Tindakan Semasa Jerebu ni. Dayat copy paste je ni hehe...semoga ianya memberi manfaat :)
Jerebu yang melanda Malaysia pada bulan Jun 2013 sedikit sebanyak mengganggu perjalanan harian rakyat Malaysia. Menghadapi jerebu setiap hari adalah tidak baik untuk kesihatan. Orang ramai perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak masalah kesihatan.
Penjagaan Kesihatan semasa Jerebu:
- Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
- Cuba sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, orang ramai di nasihatkan menutup hidung menggunakan penutup mulut (mask).
- Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan pencemaran asap rokok.
- Apabila memandu, gunakan penghawa dingin.
- Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Basuh tangan dan muka dengan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar
IPU
|
Status
|
Tahap pencemaran
|
Ukuran kesihatan
|
0-50
|
Baik
|
Rendah, tiada kesan ke atas kesihatan.
|
Tidak perlu membataskan aktiviti luar.
|
51-100
|
Sederhana
|
Pencemaran sederhana, tidak mengganggu kesihatan.
|
Tidak perlu membataskan aktiviti luar.
|
101-200
|
Tidak sihat
|
Simptom-simptom gangguan kesihatan berlaku di kalangan mereka yang berisiko tinggi seperti penghidap sakit jantung dan paru-paru.
|
|
201-300
|
Sangat tidak sihat
|
Boleh menjejaskan kesihatan.
|
|
301-500
|
Berbahaya
|
Simptom-simptom gangguan kesihatan berlaku dan berbahaya kepada kesihatan.
|
|
500 ke atas
|
Kecemasan
|
Simptom-simptom gangguan kesihatan berlaku dan berbahaya kepada kesihatan.
|
Masyarakat awam dinasihatkan sentiasa mengikuti arahan Majlis Keselamatan Negara dan mengikuti pengumuman semasa menerusi media massa.
|
Nasihat Kepada Pemandu Kenderaan:
- Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.
- Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.
- Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
- Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.
- Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.
- Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.
- Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.
- Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu dalam keadaan jerebu.
- Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.
- Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.
- Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.
Sumber maklumat :
Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Tweet
No comments:
Post a Comment