Tekan butang like tau :)

20 Jun 2013

Gempar Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan



Cakap pasang laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan muat turun free ni mesti ada yang pernah surf Jiwang.org kan, dayat pun pernah download Movie dekat situ..huhu benda free siapa taknak kan? heee..tapi sayangnya laman sesawang tu dah pun ditutup...pasal apa? .. ha baca bawah ni! 

jiwang org ditahan Gempar Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan
Gempar! Apabila pemilik laman website www.JIWANG.ORG (JWG) telah ditahan di Kelantan kelmarin selepas dia didapati menggunakan laman tersebut untuk memuat turun dan naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.
Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG.
Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dia ditahan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 11 Jun lalu berikutan aduan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang mendakwa industri kerugian RM10 juta akibat kegiatan lelaki itu.
operasijiwangdotorg Gempar Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan
Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, ditahan di banglonya di Kubang Kerian, Kota Bharu pada pukul 11.15 pagi.
Beliau berkata, banglo yang didiami suspek itu turut dijadikan pusat operasi haramnya.
“Serbuan dilakukan berikutan aduan oleh RIM mengenai laman web www.jiwang.org yang menjadi saluran popular untuk orang ramai memuat naik filem serta muzik Melayu tanpa kebenaran pemilik hak cipta.
“Laman web ini disyaki beroperasi sejak tahun 1997 dan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil perkhidmatan iklan serta sumbangan ahli laman web yang disalurkan menerusi akaun bank isteri suspek,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Roslan berkata, pasukan penguat kuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, Bahagian Penguat Kuasa akan mengeluarkan notis halangan kepada SKMM bagi menghalang akses laman web JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Bagaimanapun laman web www.jiwang.org sudah tidak boleh di access lagi.


2 comments:

deno said...

emm.. nak berblog pun mesti la ikut undang2 kan..

Muhd Hidayat said...

yup, hehe

Mungkin korang suka cerita dayat yang ni?